TAHNIAH WARGA FAKULTI KEJURUTERAAN ATAS PENCAPAIAN MAJLIS APRESIASI INDUSTRI DAN KOMUNITI (ICAN 2022/2023) | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » TAHNIAH WARGA FAKULTI KEJURUTERAAN ATAS PENCAPAIAN MAJLIS APRESIASI INDUSTRI DAN KOMUNITI (ICAN 2022/2023)

TAHNIAH WARGA FAKULTI KEJURUTERAAN ATAS PENCAPAIAN MAJLIS APRESIASI INDUSTRI DAN KOMUNITI (ICAN 2022/2023)

Putrajaya, 22 Ogos – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti (ICAN 2022/2023) bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya. Majlis ini bertujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan sumbangan industri, komuniti dan warga UPM sepanjang tahun 2021 dan 2022.
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin selaku perasmi Majlis ICAN berkata, UPM sangat komited dalam membantu masyarakat luar kampus melalui pendekatan pemindahan ilmu dan teknologi yang berteraskan kepada penyelesaian masalah setempat dan keperluan industri dan komuniti. Dalam anjuran majlis tersebut, warga Fakulti Kejuruteraan telah berjaya merangkul beberapa anugerah iaitu:

Pihak Pengurusan Fakulti Kejuruteraan dengan ini merakamkan setinggi TAHNIAH kepada semua pemenang anugerah atas pencapaian berimpak ini sekaligus meningkatkan lagi kecemerlangan serta visibiliti Fakulti Kejuruteraan.

Tarikh Input: 29/08/2023 | Kemaskini: 29/08/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcGAX~