UPM_DYNAMICS RAIH TOP 5 DALAM NATIONAL INSTRUMENTS AUTONOMOUS ROBOTIC COMPETITION (NI ARC) 2023 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » UPM_DYNAMICS RAIH TOP 5 DALAM NATIONAL INSTRUMENTS AUTONOMOUS ROBOTIC COMPETITION (NI ARC) 2023

UPM_DYNAMICS RAIH TOP 5 DALAM NATIONAL INSTRUMENTS AUTONOMOUS ROBOTIC COMPETITION (NI ARC) 2023

  

UPM_DYNAMICS RAIH TOP 5 DALAM NATIONAL INSTRUMENTS AUTONOMOUS ROBOTIC COMPETITION (NI ARC) 2023

Penang, 18 Oktober -  Seramai 17 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia telah menyertai Pertandingan National Instruments Autonomous Robotic Competition (NI ARC) 2023 yang diadakan di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia dengan diiringi oleh pensyarah Fakulti Kejuruteraan; Dr. Azizan As'arry, Ts. Dr. Luthffi Idzhar Ismail dan Dr. Ermira Junita Abdullah. Syabas kepada semua pasukan di atas daya usaha dan dedikasi mereka dalam membuat persiapan dan bertanding di dalam acara ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan UPM_Dynamics di atas pencapaian berada dalam kedudukan Top 5 daripada 15 pasukan yang menyertai pertandingan ini.

Pasukan UPM juga amat bertuah kerana YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM juga berada di Kampus Kejuruteraan, USM semasa acara tersebut berlangsung dan telah memberikan sokongan kepada pasukan UPM. Diharapkan penganjuran pertandingan National Instruments Autonomous Robotic Competition (NI ARC) 2023 dapat memberi pengalaman dan impak yang berharga kepada para pelajar di samping dapat menguatkan hubungan dalam kalangan universiti. Akhir kata, terima kasih pada semua yang terlibat dan semoga pasukan UPM dapat terus menyertai pertandingan NI ARC di masa akan datang.

Semoga kejayaan yang diperoleh dapat menggalakkan lagi penglibatan pelajar Fakulti dalam pertandingan berkaitan teknologi dan inovasi sebegini, sekaligus mempertingkat nilai keilmuan dalam kalangan generasi muda dan mengharumkan nama UPM di persada negara.

 

Tarikh Input: 28/11/2023 | Kemaskini: 28/11/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcKAR~