Ucapan Dekan | FAKULTI KEJURUTERAAN
» INFO - PELAJAR BAHARU » Ucapan Alu-aluan » Ucapan Dekan

Ucapan Dekan


 

| Video |

Kata Alu-Aluan YBhg. Dekan Fakulti Kejuruteraan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seluruh keluarga Fakulti mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada para pelajar baharu Fakulti Kejuruteraan yang dipilih untuk mengikuti program Bacelor Kejuruteraan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Fakulti ini adalah fakulti kedua terbesar di UPM dan mempunyai 388 pekerja dan hampir 3002 pelajar. Semua lapan program bacelor kejuruteraan di Fakulti ini telah mendapat akreditasi penuh dari Majlis Jurutera Malaysia.


Kami berharap para pelajar semua akan menggunakan kesempatan yang disediakan oleh universiti ini amnya dan fakulti ini khasnya untuk membina ilmu dan meningkatkan kemahiran. Adalah menjadi tujuan universiti untuk mengeluarkan para graduan yang mampu memainkan peranan yang positif dalam pembangunan masa kini dan berdaya saing. Anda semua dinasihatkan agar dapat menyesuaikan dengan sistem pembelajaran yang berbeza dengan zaman persekolahan. Di sini, beban pembelajaran adalah terletak di bahu pelajar.


Saya ingin mengambil kesempatan untuk menggalakkan para pelajar menggunakan setiap kemudahan yang ada dan melibatkan diri secara aktif dalam persatuan pelajar dan persatuan profesional. Semua penglibatan ini, di samping penglibatan aktif dalam program akademik, adalah penting untuk membentuk pelajar yang berdaya saing dan memenuhi ciri graduan yang diperlukan.


Akhir kata, kami berharap para pelajar akan merebut setiap peluang yang diberikan sepanjang empat (4) tahun di Fakulti Kejuruteraan ini. Kejayaan berada di tapak tangan anda semua, semoga ia berjaya digenggam di akhir tempoh pengajian. Selamat maju jaya.

Profesor Ir. Dr Mohd Khairol Anuar b. Mohd Ariffin
Dekan

 

Kemaskini:: 06/10/2021

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEQMAT~