Pengenalan | FAKULTI KEJURUTERAAN
» JABATAN » Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian » Pengenalan

Pengenalan

Jabatan ini telah ditubuhkan sebagai Jabatan Kejuruteraan Pertanian di Kolej Pertanian Malaya pada tahun 1970. Bemula dari situ, jabatan ini telah berkembang pesat dan menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian kejuruteraan untuk masalah pertanian di Malaysia. Terkini, Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian mempunyai  49 staf, iaitu 35 staf akademik dan 14 staf pentadbiran.

Jabatan ini menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem) selama empat tahun dengan empat pilihan pengkhususan iaitu Mekanisasi dan Automasi; Bioproses dan Alam Sekitar; Tanah dan Sumber Air dan Sistem Bioinformasi.

Matlamat program Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem adalah untuk:

  1. melahirkan jurutera dengan pengetahuan yang mencukupi dalam bidang kejuruteraan pertanian dan biosistem serta kemahiran dan sikap yang sesuai untuk bekerja di dalam industri.

  2. melahirkan jurutera yang kreatif dan inovatif, serta prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat, budaya dan persekitaran

  3. mengeluarkan jurutera yang mempunyai
    kebolehan menyelesaikan masalah reka bentuk dan pembangunan termaju di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Program yang ditawarkan adalah diiktiraf sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia dan Institusi Jurutera Malaysia. Maklumat skema pengajian 2016-2020 boleh didapati di sini.

Kami juga menyediakan peluang pembelajaran berasaskan penyelidikan melalui ijazah sarjana dalam Masters dan PhD untuk terus meluaskan pengetahuan dalam bidang Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem. Program siswazah jabatan adalah bertaraf antarabangsa  yang memberi  tumpuan kepada penyelidikan asas dan gunaan dalam bidang-bidang teras iaitu Mekanisasi Pertanian dan Automasi, Kejuruteraan Lepas Tuai, Infrastruktur dan Pemuliharaan Sumber; Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar; Pertanian Persis dan GIS dan Remote Sensing. Maklumat kumpulan penyelidikan boleh didapati di sini.

Bagi program Master tanpa tesis, jabatan ini menawarkan 2 program iaitu Master Perancangan dan Respon Kecemasan serta Master Pengurusan Air. Brocur bagi program ini boleh dimuat turun di bawah:
1) Master Perancangan dan Respon Kecemasan
2) Master Pengurusan Air

Kami telah mendapat pensijilan ISO 9001: 2008 untuk semua operasi termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berteraskan Hasil (OBE) telah diguna pakai sebagai pendekatan utama dalam pengajaran dan pembelajaran di jabatan ke arah pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai  kami sama ada untuk melanjutkan pelajaran, melakukan kerjasama penyelidikan, menggunakan kepakaran kami sebagai perunding, atau apa sahaja cara yang boleh memberi manfaat kepada kualiti kehidupan.

Untuk video rasmi Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian, sila klik di sini.

Untuk maklumat perkhidmatan dan latihan oleh jabatan, sila klik di sini.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Sekian terima kasih.

 
Prof. Madya Dr. Siti Khairunniza Bejo,
Ketua Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian.

 

Kemaskini:: 09/10/2018 [aili]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
B1566426978