PERAK, 24 Ogos – Tahniah diucapkan kepada barisan ahli AERO R-PUTRA yang telah dinobatkan sebagai juara kategori universiti bagi Malaysia Rocket Competition (MRC 2023) yang diadakan di FELCRA, Seberang Perak. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 23-24 Ogos 2023 merupakan anjuran bersama oleh UiTM-MITC High Energy Material Research Laboratory (HEMREL), Universiti Teknologi MARA serta Pusat Sains Negara. AERO R-PUTRA yang terdiri daripada 10 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa (KAA) telah mendapat khidmat nasihat dari barisan pegawai akademik KAA iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Norkhairunnisa Mazlan, Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Noorfaizal Dato’ Yidris.
Semoga kejayaan yang diperoleh dapat menggalakkan lagi penglibatan warga Fakulti dalam pertandingan yang berfokuskan sains dan teknologi sebegini, sekaligus mempertingkat nilai kelimuan dalam kalangan generasi muda dan mengharumkan nama UPM di Malaysia.
Date of Input: 11/09/2023 | Updated: 11/09/2023 | puteriamirah
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.