Enam Pelajar UPM Bawa Nama Malaysia Ke Jepun | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » Enam pelajar UPM bawa nama Malaysia ke Jepun

Enam pelajar UPM bawa nama Malaysia ke Jepun

   

Seramai enam pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan lumba kereta Student Formula Japan 2016 untuk bersaing dengan 93kereta lain dari seluruh dunia dari 3-12 September 2016 di Shizuoka Prefecture, Jepun.

Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof. Madya Dr. Azmi Dato’ Yahya berkata Pemilihan UPM sebagai satu-satunya wakil Malaysia oleh Student Formula Japan 2016 berdasarkan kepada merit dan pengalaman dalam peringkat kebangsaan sebelum ini.

“Kereta pelajar UPM akan bersaing dengan 93 kumpulan kereta lain untuk kategori utama International Combustion Engine (ICV) Class dan 13 Electrical Vehicle (EV) Class.

“Antara kriteria penilaian pertandingan itu ialah kos pembikinan, rekabentuk, ujian pandu dan dinamik, statik, pembentangan pelajar, keselamatan kereta dan perlumbaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Projek, Prof. Madya Ir Dr Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin berkata UPM pertama kali menghantar wakil ke pertandingan itu di mana pelajar dan pensyarah yang terlibat ialah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan.

“Harapan pasukan adalah untuk memenangi kategori reka bentuk, pembentangan terbaik serta memenangi kategori best time attack selain mengharumkan nama UPM dan Malaysia.

“Pasukan UPM yang juga terdiri daripada pelajar kumpulan Putra Motor Sport telah memulakan projek untuk menyertai Student Formula Japan 2016 sejak bulan Februari, 2015 selain pemandunya turut menjalani latihan aptitude test, “ katanya.

Enam pelajar UPM terdiri daripada dua pemandu iaitu Mohd Nizar Mohd. Naim dan Muhammad Ikliluddin Ishak; Cheng Mun Chun (Jurutera Struktur), Muhammad Adhar Bagus (Jurutera Elektrik), Ahmad Iffan Zailani (Jurutera Enjin) dan Muhammad Naim Ahmad (Pengurus).

Beliau berkata objektif UPM menyertai pertandingan itu ialah untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan menggunakan teori dalam kuliah untuk industri, mendedahkan mereka dalam kerjaya kejuruteraan mekanikal dan automotif serta mempelajari ilmu bidang pembuatan di UPM.

Maklumat lanjut hubungi Ketua projek, Prof. Madya Ir Dr Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin
(017-3019132)



Date of Input: | Updated: | farahidayu

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdRAy~