Pada 1 Jun 2023, Fakulti Kejuruteraan UPM telah menerima kedatangan lawatan deligasi antarabangsa seramai 20 orang pelajar, 2 orang pegawai dan 2 orang pensyarah King Fadh University of Petroleum and Minerals, Arab Saudi.
Deligasi yang diketuai oleh Dr. Abdulrahman Salman J Al-Merbati telah disambut oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar bin Mohd Ariffin, Dekan Fakulti Kejuruteraan beserta ahli pengurusan fakulti. Antara tempat lawatan yang dikunjungi adalah Thinker Space 2.0, Makmal Makmal Rekabentuk Mesin Pemprosesan Makanan, Makmal Kejuruteraan Sifat Bahan Bio dan Nutraseutikal, Makmal Pemprosesan Bahan Bio, Makmal Kesekitaran Biosistem, Makmal Gunasama Kejuruteraan Sistem Terbenam, kawasan sekitar fakulti serta sekitar UPM.
Date of Input: 07/06/2023 | Updated: 07/06/2023 | puteriamirah
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.