Serdang, 3 Oktober 2023 - Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kemasukan para pelajar baharu yang dipilih untuk mengikuti program Bacelor Kejuruteraan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Majlis Minggu Perkasa Putra di peringkat fakulti diadakan di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan bagi meraikan kedatangan para pelajar baharu.
Seramai 514 pelajar baharu program bacelor yang terdiri daripada 404 pelajar tempatan, dan 60 pelajar antarabangsa mendaftar bagi sesi akademik 2023/2024 di Fakulti Kejuruteraan. Seramai 50 pelajar mobiliti turut mendaftar di Fakulti Kejuruteraan pada hari ini.
Selamat datang buat semua pelajar baharu Sesi 2023/2024 dan pelajar mobiliti ke Fakulti Kejuruteraan, UPM.
Gambar seperti di link di bawah:
https://photos.app.goo.gl/iYaNwhxc1zUE6vb37
Date of Input: 10/10/2023 | Updated: 10/10/2023 | puteriamirah
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.