UPM Bangun 5 Robot Bantu Proses Basmi Kuman | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » UPM Bangun 5 Robot Bantu Proses Basmi Kuman

UPM Bangun 5 Robot Bantu Proses Basmi Kuman

SEKUMPULAN pakar robotik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunkan lima buah robot untuk membantu petugas barisan hadapan menjalankan proses nyah kuman Covid-19 yang dijangka siap pada minggu hadapan.

Ketua projek itu Prof Madya Dr Wan Zuha Wan Hasan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Fakulti Kejuruteraan berkata bagi fasa pertama, robot berkenaan akan digunakan di kawasan kampus UPM seperti bilik dan dewan kuliah, kolej penginapan, Hospital Pengajaran UPM dan kawasan berisiko yang menjadi tumpuan.

Bagi fasa kedua pula, UPM boleh menawarkan perkhidmatan nyah kuman, menghidang makanan  dan pengimejan haba kepada hospital awam berdekatan sekiranya terdapat permintaan dan dana daripada pihak luar yang berminat, katanya.

“Dalam keadaan pandemik Covid-19, robot itu amat diperlukan untuk kegunaan pelbagai unit pasukan tindakan kecemasan bagi mengelak jangkitan kepada petugas barisan hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut Wan Zuha kumpulan pakar robotik berkenaan ketika ini menghadapi kekangan kewangan untuk membangunkan projek robot berkenaan.

“Sekiranya ada pihak luar yang berminat untuk bantu kami menaik taraf projek penyelidikan robot ini ke peringkat yang komprehensif, amat dialu-alukan,” katanya.

Wan Zuha berkata projek berkenaan dibangunkan dengan kerjasama Innovatech Solution Enterprise yang merupakan sebuah syarikat milik alumni UPM. – Bernama, 2 April, 2020.

 

 

Berita ini dipetik dalam laman sesawang berikut:

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/234596

Date of Input: 03/04/2020 | Updated: 03/04/2020 | noraihan

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDTPAc~