UPM REVOLUSIKAN STADIUM NEGARA! | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » UPM REVOLUSIKAN STADIUM NEGARA!

UPM REVOLUSIKAN STADIUM NEGARA!

Tahniah atas Kejayaan Tempat Kedua di OIC-2025!

29 Oktober 2025, Kuala Lumpur - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan hebat gabungan pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Reka Bentuk dan Senibina yang telah merangkul Tempat Kedua dalam Open Ideas Competition for Students (OIC-2025) anjuran MSSA, CIDB, dan PNB Merdeka Ventures!

Projek cemerlang mereka, di bawah tema "Steel Innovation for a timeless nation: Restoration and evolution of Stadium Negara", menonjolkan inovasi keluli lestari dalam aspek kebolehbinaan dan fungsi. Pasukan ini berjaya menggabungkan kepakaran Seni Bina dan Kejuruteraan Awam untuk merevolusikan Stadium Negara.

Syabas kepada barisan pelajar:

Kejuruteraan Awam: Ahmad Hakimi bin Osman, Aida Syamimi binti Mohammad Sani Tay, dan Nur Afriza binti Zainuddin.
Senibina: Akid Mierza bin Mohammad Kushairi, Dakshayani Krishnan, dan Muhammad Yusuf.

Terima kasih juga kepada pembimbing, Prof. Madya Dr. Nor Azizi Safiee (Jabatan Kejuruteraan Awam) dan Dr. Sarah Abdulkareem Salih (Jabatan Senibina), atas bimbingan yang padu! 

Tahniah!

Date of Input: 29/10/2025 | Updated: 31/10/2025 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694098
0397694488
F, (01:49:54am-01:54:54am, 10 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]