TAHNIAH
Nur Amni Binti Zulfikri telah memenangi tempat ke-2 dan Ainul Najihah Binti Abd Halim telah memenangi tempat ke-3 dalam South East Asia Circuits and Systems (SEACAS) Hackatahon 2022 anjuran persatuan professional IEEE Circuits and Systems (CAS) yang berlangsung di Vietnam National University (VNU), Hanoi, Vietnam pada 3-4 Disember 2022 Edisi ke-6 ini menyaksikan kedua-dua pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan UPM ini masing-masing dengan project yang bertajuk i-locker dan Smart Attendance Systems telah memenangi hati para juri dari Korea, Jepun, Perancis dan wakil-wakil negara dari asia tenggara yang turut membawa pulang hadiah berjumlah USD 250 dan USD150. Malaysia yang turut diwakili Sivarubini Macelamany dan Nurul Syafiqah Binti Ismail juga daripada Fakulti Kejuruteraan UPM telah ditaja penyertaan mereka oleh IEEE Circuits and Systems Malaysia Chapter. Hackathon in disertai oleh enam negara di Asia Tenggara.
Penghargaan kepada Ts Dr Mohd Nazim Bin Mohtar daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang telah menjadi penasihat dan pengiring kepada pelajar. Turut mengiringi, Encik Ang Boon Chong daripada Intel, Malaysia.
Date of Input: 07/12/2022 | Updated: 07/12/2022 | ahmadadib
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.