Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan merupakan salah satu daripada lapan jabatan yang ditubuhkan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Buat masa sekarang jabatan ini menawarkan Bacelor Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian, dengan opsyen Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Pembuatan serta program Master dan program PhD. Pada asal penubuhan Jabatan dikenali sebagai Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Sistem, dan menawarkan program B.E (Mekanikal/Sistem). Seramai 15 orang pelajar sulung telah mendaftar bagi program ini. Kemudian, pada tahun 1996, program ini ditukarkan kepada B.E. Mekanikal (Opsyen Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Pembuatan). Buat masa sekarang pelajar program bacelor melebihi 300 orang.
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan mempunyai staf akademik yang berkualiti bagi tujuan pengajaran serta penyelidikan. Di samping tugas dalam bidang pengajaran dan penyelidikan, pegawai jabatan juga sangat aktif dalam bidang penerbitan dan perundingan. Selain dari terlibat secara aktif dalam menerbitkan artikel dalam jurnal dan konferensi, pegawai Jabatan turut terlibat dalam menganjurkan konferensi kebangsaan dan antarabangsa.
Program Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Putra Malaysia adalah program kejuruteraan yang dapat memberi pendedahan kepada graduan untuk menggunakan pengetahuan, teknik dan peralatan dalam menyelesaikan masalah berhubung dengan kejuruteraan mekanikal dan pembuatan. Selain itu juga, para graduan juga akan memperolehi pengetahuan dan memahami prinsip-prinsip sains dan kejuruteraan berhubung dengan kejuruteraan mekanikal dan pembuatan.
Sekian, Terima Kasih.
Profesor Madya Dr. Mohd Idris Shah Ismail
Ketua
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN PROGRAM (PEO)
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PO) KURIKULUM 2016-2020
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PO) KURIKULUM 2021-2025
PROGRAM KEJURUTERAAN (WK, WP, EA)
Kemaskini:: 18/10/2024 [mariamabdullah]

Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430