» MENGENAI KAMI » Transformasi Digital @ Fakulti Kejuruteraan
Transformasi Digital @ Fakulti Kejuruteraan
PENGENALAN
Bahagian Transformasi Digital Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia komited dalam mempergiat pelaksanaan Transformasi Digital Fakulti selaras dengan Kerangka Hala Tuju ICT UPM serta Anjakan Digital First Kementerian Digital Malaysia. Inisiatif ini bertujuan memperkasakan cara kerja, pengajaran dan pembuatan keputusan melalui pendekatan digital yang lebih cekap, selamat dan berimpak tinggi.
Lima (5) teras utama Kerangka Hala Tuju ICT UPM adalah seperti berikut:
Perkhidmatan Digital yang Cekap dan Menjangkaui Ekspektasi
Fasiliti ICT Pemangkin Penyelidikan Berimpak Tinggi
Produk ICT yang Bermanfaat kepada Pemegang Taruh
Pengalaman Pembelajaran Terbaik Melalui Pendidikan Digital
Pelaksanaan Kampus Pintar Bersepadu yang Mengutamakan Pengalaman Pengguna
Enam (6) teras utama Anjakan Digital First Kementerian Digital Malaysia adalah seperti berikut:
Minda Digital (Think Digital)
Berpacukan Data (Data Driven)
Berpaksikan Rakyat (Citizen Centric)
Reka Bentuk Berteraskan Keselamatan (Security by Design)
Tadbir Urus Digital (Digital Governance)
Bakat dan Kemahiran (Talent and Skill)
FOKUS UTAMA PELAKSANAAN
Meningkatkan kecekapan perkhidmatan melalui pendigitalan dan automasi.
Memanfaatkan data bagi menyokong keputusan yang lebih tepat dan strategik.
Memperkaya pengalaman pembelajaran dan penyelidikan melalui teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI).
Memastikan keselamatan serta pematuhan data sentiasa terpelihara.