SURIA 16 | FACULTY OF ENGINEERING
» ABOUT US » SURIA 16

SURIA 16

SURIA - Solar for University's Research and Investment Accelerations.

Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalin kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd (GSPARX), melalui pemasangan sistem solar PV, yang meluaskan lagi ciri-ciri kelestarian Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu.

Melalui Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE), GSPARX telah memasang sistem solar di 12 tapak merangkumi pelbagai bangunan termasuk masjid, bumbung parkir serta projek solar terapung iaitu Hidroponik-Aquavoltaic Bersepadu Berskala Besar (Large Scale Integrated Hydroponic-Aquavoltaic) bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan modal insan, sekali gus menjadikan ia projek solar terbesar di Universiti Awam (UA) dan di Malaysia. Projek yang dikenali sebagai SURIA16 itu digerakkan oleh Jawatankuasa Kerja SURIA, iaitu Solar for University's Research and Investment Accelerations.

Projek solar terapung Hidroponik-Aquavoltaic Bersepadu Berskala Besar Merangkap Eko-Pelancongan atau dikenali sebagai Large Scale Integrated Hydroponic-Aquavoltaic Systems (IHAS) cum Eco-Tourism yang di tempatkan di Fakulti Kejuruteraan berkapasiti 312.12 kWp. Ia kini lebih dikenali sebagai “SURIA Floating & Walkway @ Eng UPM”. Usaha tersebut mengukuhkan jalinan kerjasama penyelidikan dan jaringan industri, terutamanya bagi pembangunan modal insan dan pelaksanaan projek penyelidikan berimpak tinggi. Ia seiring dengan hala tuju universiti menerusi Pelan Strategik UPM 2021-2025 yang menekankan elemen kelestarian penyelidikan dan Inovasi serta pengukuhan jaringan industri dan masyarakat.

Updated:: 19/01/2024 [puteriamirah]

MEDIA SHARING

SXEbQAg~