Latihan Industri | FAKULTI KEJURUTERAAN
» AKADEMIK » Latihan Industri

Latihan Industri

Pengenalan

Latihan Industri yang perlu dijalani oleh seseorang pelajar adalah sangat penting kerana ia merupakan aset pengetahuan yang sangat berharga dan praktikal dalam melengkapi proses pengajaran dan pembelajaran. Latihan yang tersusun atur dan terselia dengan baik amat diharapkan untuk memberikan nilai tambah kepada pelajar akan pendedahan dan pengalaman sebenar di tempat kerja sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian.

Latihan yang akan dijalani ini akan dinilai berdasarkan hasil pembelajaran kursus yang digariskan oleh pihak fakulti.  Perkara ini penting untuk difahami oleh setiap pelajar, pensyarah pelawat dan juga penyelia yang terlibat dalam mengurus latihan industri supaya jelas tentang falsafah, objektif latihan dan juga hasil pembelajaran kursus yang dikehendaki. Oleh sebab itu, menjalani latihan industri adalah wajib ke atas setiap pelajar sebagai sebahagian daripada syarat yang perlu dipenuhi dalam program bacelor di Fakulti Kejuruteraan. Tempoh menjalani latihan industri ialah selama 10 minggu. Pelajar disarankan supaya merujuk skema pengajian dan merancang keperluan latihan industri ini dengan sepenuhnya.  

Kemaskini:: 19/07/2017 [khairulazman]

PERKONGSIAN MEDIA

W, (05:10:30pm-05:15:30pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]