Geospatial Information Science Research Center (GISRC) | FAKULTI KEJURUTERAAN
» PENYELIDIKAN » Pusat Penyelidikan » Geospatial Information Science Research Center (GISRC)

Geospatial Information Science Research Center (GISRC)

GEOSPATIAL INFORMATION SCIENCE RESEARCH CENTRE (GISRC)

 

PENGENALAN

Geospatial Information Science Research Center (GISRC) atau Pusat Penyelidikan Sains Maklumat Geospatial pada mulanya merupakan salah satu makmal kecemerlangan yang dikenali sebagai Spatial and Numerical Modeling Laboratory (SNML) di Institut Teknologi Maju (ITMA), UPM. SNML telah ditubuhkan pada 2001 bagi menjalankan penyelidikan terkini yang memfokuskan dalam bidang Penderiaan Jauh, Sains Maklumat Geospatial (GIS), Sensor dan Visualisasi dan Permodelan Berangka. SNML merupakan sebuah makmal yang sangat produktif, menjadi makmal bertaraf lima bintang pada  tahun 2010 dan 2011 dengan mencapai skor Myra sebanyak 124.9% (di luar maksimum 100%).

 

Selepas 12 tahun kewujudan SNML, nama Geospatial Information Science Research Center telah dipilih sebagai penjenamaan semula SNML sebagai pusat penyelidikan yang baharu. Penubuhan pusat penyelidikan ini telah diluluskan secara rasminya pada 26 Jun 2012 oleh Senat UPM. GISRC menjalankan penyelidikan dalam bidang Sains Maklumat Geospatial, Penderiaan Jauh dan Sistem Geospatial Pintar.

 

VISI

Sebagai peneraju dalam  bidang penyelidikan Sains Maklumat Geospatial, Penderiaan Jauh dan Sistem Geospatial Pintar

 

MISI

  1. Menjalankan penyelidikan dalam bidang Sains Maklumat Geospatial, Penderiaan Jauh dan Sistem Geospatial Pintar
  2. Menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia dalam bidang Sains Maklumat Geospatial, Penderiaan Jauh dan Sistem Geospatial Pintar
  3. Menyebarkan pengetahuan dan teknologi yang inovatif melalui seminar-seminar, penerbitan dan pengkomersialan

 

 

ORGANISASI

Bil

Jawatan

Nama

Email

1.

Ketua/Penyelidik Utama

 

Prof. Dato’ Dr. Shattri Mansor

shattri@upm.edu.my

2.

Penyelidik Utama

Prof. Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff

 

rashidpls.upm.edu.my

3.

Penyelidik Utama

Prof. Madya Dr. Helmi Zulhaidi Mohd Shafri

 

helmi@upm.edu.my

4.

Penyelidik Utama

Prof. Madya Gs. Dr. Mohd Hasmadi Ismail

 

mhasmadi@upm.edu.my

5.

Penyelidik Utama

Prof. Madya Dr. Farrah Melissa Muharam

 

farrahm@upm.edu.my

6.

Pegawai Penyelidik

Puan Siti Nooradzah Adam

snadzah@upm.edu.my

 

 

 

KEMUDAHAN PENYELIDIKAN

Greenseeker Sensors (NTech/ USA)

The GreenSeeker Hand Held™ adalah alat penyelidikan tanaman dan perundingan yang menyediakan data untuk menentukan Normalized Difference Vegetative Index (NDVI) dan red to near infrared ratios. Indeks ini boleh digunakan bersamaan dengan rujukan agronomi untuk mengukur tindak balas nutrien asas, keadaan tanaman, potensi hasil, tekanan, dan kesan perosak.

 

Total Station (Leica TCR407 R400 Total Station)

Untuk menentukan jarak dan sudut dari instrumen ke titik tinjauan.

 

Spectroradiometer

Untuk mengukur kadar masa integrasi objek, kadar pantulan dicerminkan oleh objek dan kadar penyerapan cahaya objek.

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Geospatial Information Science Research Center (GISRC)

Tingkat 6, Blok Menara,

Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia

 

Email: shattri@upm.edu.my, shattri@gmail.com

Kemaskini:: 11/07/2019 [m_zulfadhli]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
B1566740252